Monday, 20 June 2016

Ramadhan sudah tiba dan menjelang kembali, syukur diucapkan Ramadhan telah bertaut kembali dan pastinya antara tempat popular yang dicari oleh orang ramai untuk pelbagai juadah makanan dan minuman adalah Bazar Ramadhan.



Bazar ramadhan merupakan antara satu tarikan pada bulan ramadhan. Ini kerana bazar ramadhan akan menghimpunkan pelbagai jenis makanan dan juadah berbuka. Ada juga juadah yang kita tak jumpa di hari lain, melainkan pada bulan ramadhan.



Bagi warga Shah Alam, anda tidak usah lagi buntu untuk mencari juadah berbuka puasa. Terdapat pelbagai jenis juadah yang ada di bazaar ramadhan seperti Nasi Ayam Percik, Nasi  Kerabu, Nasi Tumpang Kubang Pasu, Nasi Ulam, Nasi Sup Daging dan lain-lain lagi. Juadah ini semua boleh didapati di Bazar Ramadhan di Seksyen 13, Shah Alam.



Dengan kewujudan bazar Ramadhan, kita lebih mudah untuk mencari pelbagai masakan dan citarasa untuk berbuka lebih-lebih lagi mereka yang bekerjaya sehingga tidak berkesempatan untuk memasak sendiri.

No comments:

Post a Comment