Sunday, 26 June 2016


COZY CORNER @ AMPANG PARK,KUALA LUMPUR
RAMADHAN

Sempena bulan puasa ini, Cozy Corner telah menjadi pilihan untuk berbuka. Restoran telah lama wujud di Ampang Park, Kuala Lumpur. Ia telah berniaga lebih dari 30 tahun dan telah menjadi terkenal di kalangan orang di Kuala Lumpur. Makanan yang mereka hidangkan amat menyelerakan dan sangat sedap. Pelbagai jenis masakan yang boleh didapati di Cozy Corner ini. Hidangan mereka sangat menambat selera. Pelanggan yang datang tidak akan kecewa dengan servis yang diberi dan makanan yang sedap serta harga yang berpatutan. Ia sesuai untuk semua jenis pelanggan dan yang penting sekali ia adalah halal dan umum untuk semua orang. Setelah membuat tempahan di Cozy Corner, kami pesan beberapa jenis lauk yang istimewa di restoran ini. Iaitu Sweet and Sour Chicken, Udang Masak Butter, Daging Black Pepper,dan Sayur Campur. Saat Azan berkomandang, kami pun mula memakan semua hidangan itu. Dan tidak mengecewakan kerana semuanya sangat enak dan lazat. Oh, kami juga minum air longan serta memakan Ice Cream Banana Boat. Kami menyarankan untuk mencuba makan di restoran Cozy Corner itu, kami jamin anda tidak akan kecewa dan akan berterima kasih pada kami. Cuba jangan tak cuba.

No comments:

Post a Comment